Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan Scha Alyahya dan Aiman Hakim Ridza

Cik Drama Queen

Terbaru terbitan Dark Wave Pictures, drama bersiri adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen akan memulakan siaran pada 6 Februari 2017 selepas berakhirnya Sayang Papa Saya Tak?. Drama arahan oleh Michael Ang ini bersiaran 16 episod.

Para Pelakon

Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz, Adriana Adnan, Nazrief Nazri, Aizat Hassan, Shiela Mambo

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16

Sinopsis (Versi Novel)

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi� rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk �termuntah hijau� selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta� pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Eh! Tapi� takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?

�Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.�

Nantikan drama Urusan Hati Cik Drama Queen ini setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dah HD 123.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment