Teman Pengganti (TV3)

Teman Pengganti TV3

Jangan lupa untuk saksikan telefilem khas sempena AJL 31 di ilham daripada lagu Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Erry Putra, dan Nisha Dirr. Disiarkan hari Sabtu ini pukul 9 malam di Slot Cerekarama TV3. 

JUDUL : TEMAN PENGGANTI
TARIKH / MASA : Sabtu, 7 Januari 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Rusdi Ramli
TERBITAN : Jutaan Ringgit Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Erry Putra, Nisha Dirr, Zarina Zainuddin, Zaidi Omar

SINOPSIS TEMAN PENGGANTI
Kisah Haiman yang dalam persiapan untuk berkahwin dengan Aisyah. Namun muncul Mariyam bersama seorang anak lalu  dikatakan punca Haiman membatalkan perkahwinan mereka. Aisyah yang tidak percaya dengan apa terjadi mula mencari Haiman untuk mendapatkan penjelasan.

Selepas beberapa bulan berlalu Aisyah masih tidak dapat melupakan Haiman. Ibu Aisyah yang risau menyuruh Aisyah untuk berkahwin dengan Uzair yang setia dengannya. Suatu hari Haiman berjumpa dengan Uzair menjelaskan segalanya yang dia tidak akan hidup lama mengidap sakit jantung. Manakala perempuan yang bersamanya itu hanyalah adik ibu susuannya.

Pelakon Teman Pengganti
Pelakon telemovie Teman Pengganti
Previous
Next Post »
Thanks for your comment