Telemovie Love You Miss Pomen lakonan Mira Filzah dan Alif Aziz


Telemovie Love You Miss Pomen bersiaran di slot Skrin Di 9 semalam (23/1/2017). Terbitan Art Ornament Sdn Bhd dan arahan oleh Heykal Hanifah.

Video LYMPomen

Sinopsis

Remy rimas dengan sifat Nana yang mengada-ngada setelah terlalu lama mereka bercinta. Ketika Remy bermalam di rumah keluarga Nana akibat kereta rosak, Remy berkenalan rapat dengan Saerah, mekanik bengkel tempat Remy menghantar keretanya.

Remy menyukai Saerah kerana dia seorag yang berdikari. Suatu hari, ketika Nana dan Remy bersiar-siar di kampung, mereka bertegur sapa dengan Azli, seorang pemuda kampung. Azli pula suda lama menyukai Saerah namun tidak dilayan.

Apabila Azli ternampak Saerah melayan Remy dengan mesra di bengkel, perasaan cemburu dan dengki mula meluap-luap dalam hatinya. Maka berlakulah pertengkaran hebat antara Nana dengan Remy. Saerah pula kecewa dengan Remy kerana dia merahsiakan hubungan cintanya dengan Nana.

Para Pelakon

Alif Aziz, Mira Filzah, Kamal Sumbu, Ikhlas Jalil, Aishah Azman.

Anda boleh saksikan telemovie Love You Miss Pomen ini di portal tonton.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment