Hanya Nama Mu


Majlis perkahwinan Azlan dan Shira menjadi satu peristiwa sedih apabila kenderaan yg dinaiki oleh Azlan dan Shira terlibat dalam kemalangan. Shira meninggal dunia di dalam kemalangan tersebut. Akibat dari kemalangan itu, Azlan bukan sahaja kehilangan Shira, bahkan jangkitan pada tempat kecederaannya boleh mengakibatkan dia kehilangan nyawa atau kehilangan deria pendengarannya sekiranya dia tidak menjalani pembedahan segera.

Sebagai seorang komposer muzik, kehilangan pendengaran adalah sesuatu yang boleh menyebabkan masa depannya menjadi gelap. Ibarat seorang pelari kehilangan kaki yg digunakan utk berlari. Akibat daripada jangkitan pada tempat kecederaan di dalam telinganya, dia selalu mengalami gangguan sakit kepala yang teruk dan hilang pendengaran sekali sekala. Azlan rasa hidupnya dah TAMAT! Segalanya telah berakhir.

Azlan hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik dan tidak peduli segala yang lain. Puas kedua ibu bapanya memujuk, namun Azlan tidak hiraukan mereka.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment