Cerekarama Hanya Nama Mu lakonan Aqasha dan Caliph Buskers


Sinopsis Cerekarama Hanya NamaMu, majlis perkahwinan Azlan dan Shira menjadi satu peristiwa sedih apabila kenderaan yg dinaiki oleh Azlan dan Shira terlibat dalam kemalangan. Shira meninggal dunia di dalam kemalangan tersebut.

Video Hanya Nama Mu

Akibat dari kemalangan itu, Azlan bukan sahaja kehilangan Shira, bahkan jangkitan pada tempat kecederaannya boleh mengakibatkan dia kehilangan nyawa atau kehilangan deria pendengarannya sekiranya dia tidak menjalani pembedahan segera.

Sebagai seorang komposer muzik, kehilangan pendengaran adalah sesuatu yang boleh menyebabkan masa depannya menjadi gelap. Ibarat seorang pelari kehilangan kaki yg digunakan utk berlari. Akibat daripada jangkitan pada tempat kecederaan di dalam telinganya, dia selalu mengalami gangguan sakit kepala yang teruk dan hilang pendengaran sekali sekala.

Azlan rasa hidupnya dah TAMAT! Segalanya telah berakhir. Azlan hanya mengurungkan dirinya di dalam bilik dan tidak peduli segala yang lain. Puas kedua ibu bapanya memujuk, namun Azlan tidak hiraukan mereka.

Para Pelakon

Aqasha,Mimi Lana,Syikin Kamal,Caliph Buskers,Farouk Hussain,Zamarul Hisham,Izzy Reef,Luqman Pudolski,Zaini Kosnin

Video Promo


Saksikan Hanya NamaMu arahan Pali Yahya pada Sabtu ini 14 Januari 2016 jam 9 malam di TV3.


Previous
Next Post »
Thanks for your comment