Pelakon Zakaria Yusof meninggal dunia

Zakria Yusof meninggal dunia

Zakaria Yusof pelakon yang terkenal degnan watak antagonis telah meninggal dunia kira-kira pukul 6.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad.

Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zack Kool ketika dihubungi berkata, Allahyarham Zakaria, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.

Kata Zack, anak arwah, Nur Fazli Zakaria, 39, memaklumkan Zakaria mengadu sakit selepas pulang daripada menunaikan ibadat Umrah Rabu lalu sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Taman Permata, Hulu Klang selepas solat Zohor.

Zakaria meninggalkan seorang balu, Fatimah Ali, 65 dan empat orang anak. - MStar
Previous
Next Post »
Thanks for your comment