Kapur Kuning Buat Puteh (TV2)

Kapur Kuning Buat Puteh

Saksikan telefilem Kapur Kuning Buat Puteh lakonan adik Puteri Syasya Mashitah, Azhan Rani, Shakila Khoriri dan Ruminah Sidek pada hari Selasa ini pukul 10.00 malam di TV2.

JUDUL : KAPUR KUNING BUAT PUTEH
TARIKH / MASA : Selasa, 20 Disember 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot CitraTV2 (RTM)
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Ujie Farish
TERBITAN : Unit Drama RTM
PELAKON : Puteri Syasya Mashithah, Shakila Khoriri, Syed Ahamad Zukhairi, Mohamad Izuan Fitri, Azhan Rani, Ruminah Sidek, Sabrina, Syahadah  Nurjannah, Muntazar Ghani

SINOPSIS KAPUR KUNING BUAT PUTEH
Puteri Alia seorang budak perempuan sekolah rendah yang bijak, kreatif, rajin dan disenangi di sekolah. Warna kegemarannya ialah warna kuning. Di dalam kelas Puteh Alia sering mendapat tempat pertama dan tidak disengani oleh kawannya, Jaja. Cikgu Suraya akan menulis nama tiga orang pelajar yang terbaik di papan hitam bertujuan untuk murid-murid lebih berusaha mencapai kejayaan. Puteh Alia juga sering membantu kawan-kawan yang lemah untuk terus berjaya seperti Iqram. Andy tidak berpuas hati dengan Puteh kerana dia juga bijak namun tidak popular seperti Puteh. Pada suatu hari Puteh Alia ditolak oleh Andy secara sengaja dan menyebabkan dia bertongkat. Walaupun begitu Puteh tetap cekal dan tabah untuk ke sekolah.

Pelakon Kapur Kuning Buat Puteh
Pelakon telemovie Kapur Kuning Buat Puteh
Previous
Next Post »
Thanks for your comment