Kalau Aku Kaya (TV3)

Kalau Aku Kaya TV3

Saksikan telefilem yang diilhamkan daripada lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael. Dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Niena Baharun, Ahmad Iswazir Ismail, dan Kamal Sumbu. Ditayangkan pada hari Sabtu ini pukul 9 malam di slot Cerekarama TV3. 

JUDUL : KALAU AKU KAYA
TARIKH / MASA : Sabtu, 31 Disember 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Niena Baharun, Ahmad Iswazir Ismail, Kamal Sumbu, Nina Iskandar, Awi Rafael, Syed Mohamad Asri

SINOPSIS KALAU AKU KAYA
Mengisahkan Din seorang yang pemalas bekerja, tinggal menumpang dirumah pakciknya, Leman Kering. Dia hanya berangan mahu jadi kaya, tetapi malas berusaha. Leman Kering menangung segala makan dan minum Din yang hanya tahu menghabiskan makanan di rumah. Disebabkan hilang kesabaran, dia telah menghalau Din dari rumahnya. Din menjadi orang gelandangan.

Ketika bersama-sama dengan gelandangan yang lain, dia masih lagi tidak mengubah tabiatnya buruknya yang suka berangan menjadi kaya. Lagu 'Kalau Aku Kaya' sering dinyanyikan saban malam kerana dia yakin suatu hari nanti dia akan kaya seolah-olah mengharapkan sejumlah wang gugur dari langit. Hinggalah suatu hari, ketika dia sedang mencari barangan untuk dikitar semula, dia ternampak satu bungkusan hitam yang agak besar. Apabila dia mendekati, dia terkejut kerana dalam bungkusan itu, terdapat sejumlah wang yang banyak.

Pelakon Kalau Aku Kaya
Pelakon telemovie Kalau Aku Kaya
Previous
Next Post »
Thanks for your comment