Giliran Persembahan Artis di AJL31

Peserta AJL31

Anugerah Juara Lagu 31  (AJL31) akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 9 malam dan akan disiarkan di TV3.

AJL31 yang bakal berlangsung pada 22 Januari depan mengetengahkan tema �Cerita Dalam Lagu� bagi memberi penghormatan kepada penulis lirik.

Giliran Artis di AJL31

Berikut ini 12 giliran artis yang akan membuat persembahan:
  1. Akim & The Majistret (Obses)
  2. Aiman Tino (Ku Rela Dibenci)
  3. Black (Anugerah Terindah)
  4. Elizabeth Tan & Awi Rafael (Setia)
  5. Syamsul Yusof & Mawi (Kalah Dalam Menang)
  6. Khalifah (Hang Pi Mana)
  7. Sufian Suhaimi (Terakhir)
  8. Hazama (Diamaran Mama)
  9. Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
  10. Misha Omar & Hafiz (Terimaku Seadanya)
  11. Projektor Band (Sudahku Tahu)
  12. Shila Amzah & Alif Satar (Selamanya Cinta)

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, konsep persembahan artis akan berkisar tentang penceritaan maksud lirik yang akan disampaikan dengan perasaan yang lebih mendalam.

"Jika AJL29 dua tahun lalu kita memberi penghormatan kepada penggubah lagu dengan mengangkat tema 'Gema Dalam Lagu', kali ini kita cuba raikan penulis lirik pula kerana percaya sesebuah lagu tidak akan dicipta tanpa sebab.

"Lebih menarik, AJL31 kali ini akan tampil dengan konsep pentas dua tingkat yang pasti memberi lebih ruang untuk para artis menyerlahkan kreativiti mereka dalam penyampaian lagu,� katanya kepada mStar Online.

Sherina ditemui pada sidang media dan cabutan nombor giliran persembahan artis bagi acara itu di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara di sini pada Rabu.

Pengacara AJL31

Juga diumumkan hos pertandingan berkenaan iaitu
  • Fara Fauzana
  • Awal Ashaari
  • Sarimah Ibrahim
  • Fizi (Hot FM)

Ia akan diringi pemuzik orkestra yang diketuai oleh Datuk Ramli MS selaku pengarah muzik.

Selain itu, bermula 15 Disember ini sehingga 15 Januari 2017 satu peraduan karaoke #ajllaguku buat netizen akan diperkenalkan di mana mereka hanya perlu merakamkan video berdurasi 60 saat ke laman sosial instagram beserta hashtag #ajllaguku.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment