Danial Juara Lawak Solo 2016

Danial Juara Lawak Solo

Pada peringkat akhir Lawak Solo semalam peserta diberi tema bebas dan hiburan sebagai tugasan sebagai cabaran bagi merebut gelaran juara.

Peserta dari Pulau Pinang, Mohamad Danial Mohd Zaini, 23, berjaya menumpaskan tiga lagi peserta pada pertandingan akhir itu dan melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan trofi sumbangan Astro.

Video Lawak Solo Akhir

Mad Sabah naib juara

Danial muncul sebagai juara program Lawak Solo musim pertama yang diadakan di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini, Jumaat.

Tempat kedua pula milik peserta dari Sabah iaitu Achmad Rusli, 28 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM40,000 dan trofi.

Fikry tempat ke 3

Tempat ketiga milik Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 22, berasal dari Kedah dan menerima wang tunai RM20, 000 berserta trofi.

Manakala usahawan dari Perak, Mohd Hafiz Abdul Ghani terpaksa berpuas hati ditempat terakhir dan membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Hafiz tempat ke 4

Hadiah disampaikan oleh Ketua Bahagian Komedi Astro, Bob Azrai.

Kesemua empat peserta akhir diadili oleh juri profesional yang mewakili 70 peratus markah pada malam itu manakala selebihnya undian peminat.

Datuk AC Mizal dan Saiful Apek bertindak sebagai pengkritik tetap manakala Erra Fazira sebagai juri jemputan.

Penasihat Komedi Lawak Solo

  • Nabil Ahmad
  • Ebby Yus
  • Douglas Lim 

Ia dihoskan oleh Johan Raja Lawak manakala Fad Bocey, Zukieee dan Jamal pula sebagai pengacara bersama.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) pada pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan program realiti komedi yang ingin mencari pelapis bagi memeriahkan lagi dunia komedi solo atau pun stand-up comedy yang semakin mendapat perhatian dikalangan peminat. - MStar
Previous
Next Post »
Thanks for your comment