Cerekarama Gadis Kampung Paling Popular lakonan Janna Nick

Janna Nick

Sinopsis cerekarama Gadis Kampung Paling Popular. Sejak Maya berhijrah ke bandar, gaya hidup Maya berubah kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa. Bermulalah kehidupan Maya sehingga dia menjadi bintang Youtube yang terkenal.

Video GKPPopular

Lakonan Janna Nick, Acong Sweetchild, Daaim Jailani, Firdaus Nadxaman, Vicha SayWho. Terbitan Nuansa Production Sdn Bhd dan arahan @eyrahman.

Sebuah drama bersiri romantik komedi musical yang berkonsepkan persahabatan, kekeluargaan, percaya diri, mengejar mimpi dan mencari cinta sejati antara Maya dan semua yang ada di sekelilingnya. Maya sangat suka menyanyi seorang diri.

Dia akan berhenti bernyanyi apabila ada sesiapa sahaja yang berdekatannya mahupun ibunya atau Khir . Dia sangat pemalu tetapi apabila dia menyanyi dia sangat bertenaga. Ibunya Cik Eton mahu Maya pergi ke bandar sebelum ia berkahwin dengan Khir ahli perniagaan kampung berdaya usaha.

Walaupun Khir suka Maya dia memberitahu Cik Eton yang Maya terlalu malu untuk menjadi isterinya. Dia mahu seorang isteri yang lebih berkeyakinan dan berdikari. Cik Eton dan Khir merancang untuk mendapatkan Maya pekerjaan di bandar.

Cik Eton membuat panggilan kepada rakannya Uncle Stevia. Maya mendapat pekerjaan dengan Uncle Stevia yang menguruskan sebuah butik perkahwinan. Uncle Stevia perkenalkan kepadanya Safida yang tinggal tingkat atas butik pengantinnya.

Saksikan pada Sabtu nanti telemovie Gadis Kampung Paling Popular ini di slot Cerekarama TV3 jam 9 malam.


Previous
Next Post »
Thanks for your comment