BR1M 2017 - Permohonan Baru dan Kemas Kini

Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Link/Pautan website berkaitan BR1M 2017


Jadual Bayaran BRIM 2017

Jadual Pembayaran BR1M 2017

RM 1,200 (isi rumah <RM 3,000)
  • Feb - RM 400
  • Jun - RM 400
  • Ogos - RM 400

RM 900 (isi rumah RM 3k-4k)
  • Feb - RM 300
  • Jun - RM 300
  • Ogos - RM 300

RM 450 (individu <2,000)
  • Feb - RM 450

Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM.

Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017

Info tambahan yang berlu anda tahu mengenai BR1M 2017.

  • Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  • Tarikh akhir penunaian baucar BR1M 2016 telah dilanjutkan oleh MOF sehingga 15 Disember 2016.
  • MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017.

SYARAT KELAYAKAN BRIM 2017

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017

Kemukakan Salinan:

  • MyKad bagi pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2017

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
  • Sijil Kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
  • Kad Pengenalan Asal Waris

No Telefon dan Alamat berkaitan BRIM 2017

Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716

Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566

Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putraja

eMel :
br1m@treasury.gov.my
Previous
Next Post »
Thanks for your comment