Senarai Lagu Ke AJL31

Layak AJL

AJL31 bakal berlangsung pada 22 Januari 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Senarai lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31)


1. Lelaki Teragung - Dayang
2. Terakhir - Sufian Suhaimi
3. Sudahku Tahu - Projector Band
4. Selamanya Cinta - Alif Satar & Shila Amzah
5. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
6. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
7. Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara
8. Obses - Akim & The Majistret
9. Setia - Elizabeth Tan & Awi Rafael
10. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof & Mawi
11. Hang Pi Mana � Khalifah
12. Anugerah Terindah - Black

Pertandingan separuh akhir yang menyaksikan 30 karya dipertandingkan menampilkan juri profesional diketuai Datuk Ramli MS selaku ketua juri, AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi dan Azlan Typewriter.

Minggu lalu, sebanyak 17 lagu dipersembahkan pada separuh akhir pertama manakala 12 lagi menghangatkan pentas Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam ini. Lagu dendangan Syamel, Hidup Dalam Mati, yang sepatutnya dipersembahkan malam ini, bagaimanapun menarik diri.

Penyanyi Amelina, Haiza dan Sarah Fazny menghiburkan peminat sebelum keputusan diumumkan dengan lagu Dag Dig Dug serta Rindu. Separuh Akhir Muzik Muzik 31 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 menampilkan pasangan Fara Fauzana dan Fizi Hot FM sebagai pengacara. - BHarian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment