Majlis Malam Mesra MACP 2016

Malam Mesra MACP

Edry Abdul Halim masih sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak seperti diumumkan pada majlis Malam Mesra MACP (Music Authors Copyright Protection Bhd) 2016 semalam.

Edry yang menerima pengiktirafan itu tiga tahun berturut-turut mengetepikan dua calon lain iaitu Datuk M Nasir dan Saari Amri. Majlis diserikan dengan persembahan6ixth Sense, Von Lee, Aiman Tino, Tasha Manshahar, Syed Shamim dan Fredo.

Senarai Anugerah MACP

Sebanyak 10 anugerah disampaikan dan anugerah khas Nadi Cipta:
  • Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak - Edry Abdul Halim
  • Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak - Habsah Hassan
  • Anugerah Komposer Muda Berpotensi - Najwa Larif
  • Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak - Luncai Emas Sdn Bhd (M.Nasir)
  • Penerbit Dengan Pendapatan Terbanyak - Universal Music Publishing Sdn Bhd
  • Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak - Together - Sleeq, Tiz Zaqyah dan Zain Saidin
  • Lagu Melayu Persembahan Terbanyak - Gadis Jolobu - Waris dan Hattan
  • Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak - Putih Putih Melati - ST12
  • Lagu Cina Persembahan Terbanyak - Wo Ai Ta (Della)
  • Lagu Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi - Tian Hou (Andrew Tan)
  • Anugerah Khas Nadi Cipta - A Ali (Hamdan Atan)

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali.

Majlis penganugerahan itu anjuran badan kutipan royalti tanah air, Persatuan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP) mengiktiraf ahlinya yang juga pencipta lagu dan penulis lirik tanah air.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment