Program Pencetus Ummah Musim 4 (2016)

PU2016

Rancangan Pencetus Ummah yang menerima anugerah Program Agama Terbaik, Anugerah Sri Angkasa 2016 itu turut menampilkan Faizal Ismail dan PU Azman sebagai pengacara Mimbar PU manakala aktres Anis Al Idrus pula menggalas program Serambi Pencetus Ummah. Sementara itu, buat julung kali, program Serambi PU akan dikendalikan oleh pelakon dan penyanyi wanita, Anis Al Idrus.

Peserta Pencetus Ummah 2016
1. Muhammad Haris Mohd Ismail (21)
2. Mohamad Faris Abu Bak (20)
3. Raihan Husni (26)
4. Muhammad Rozi Harun (28)
5. Mohd Affendi Mohamed Nor (34)
6. Zulkornain Md Rejab (41)
7. Abdul Latif Yahaya (31)
8. Nor Hamizi Jamaluddin (41)
9. Akram Ikram Taib Azamudden (27)

Juara program ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Manakala penceramah terkenal, Datuk Badli Shah Alauddin akan menggalas tugas sebagai Mudir dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi selaku guru persembahan.

Mimbar PU akan bersiaran secara langsung menerusi saluran berbayar Astro Oasis dan Maya HD, 9 malam, selama tujuh minggu, bermula 27 Oktober ini.

Musim terbaharu kali ini turut memperlihatkan personaliti radio, Fara Fauzana dan pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi juri tetap bagi mengadili para peserta.

Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, bagi musim terbaharu itu, pihaknya menampilkan beberapa kelainan dari segi format bagi meningkatkan kualiti persembahan serta keberkesanan penyampaian peserta.

Katanya, Pencetus Ummah kali ini memperkenalkan dua segmen perbahasan yang memperlihatkan dua peserta dengan markah terendah akan berdebat dalam menyuarakan pandangan masing-masing.

"Musim ini juga kita ingin lihat keupayaan peserta menjawab menerusi segmen 'soal jawab' yang menekankan kepada pengisian kandungan," katanya.

Pembabitan bekas penyampai Hot FM Fafau dalam rancangan berkenaan diumumkan pada majlis sidang media program terbabit yang berlangsung di sini, petang semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Fara berkata, ia tanggungjawab yang besar harus dipikul, apatah lagi bergandingan bersama pendakwah terkemuka, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.

"Inilah kali pertama saya diberikan peranan sebagai juri tetap untuk rancangan bercorak keagamaan. "Pada awalnya saya gemuruh juga apabila dilamar penganjur, tetapi selepas berbincang dan mengetahui tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, saya teruja untuk melakukannya.

"Tugas saya lebih kepada mengkritik faktor luaran dan bukannya dari sudut pengisian atau kandungan. Saya dimaklumkan, saya perlu menjadi 'mata penonton' yang menilai dari aspek persembahan dan juga penyampaian peserta," katanya. - BHarian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment