Mahaguru Spontan 2016

Mahaguru Spontan

Mahaguru Spontan bakal dipentaskan di Istana Budaya. Mahaguru Spontan merupakan sebuah persembahan permainan komedi improvisasi lanjutan daripada program-program seumpamanya iaitu Spontan, Super Spontan, Liga Lawak Superstar, dan Actorlympics. Program ini akan mempersembahkan pelawak-pelawak berbakat Malaysia sebagai pemain permainan improvisasi secara spontan dan idea persembahan peserta di atas pentas pula akan ditentukan oleh penonton yang hadir. Dibintangi oleh mahaguru Johan, Zizan, Dato� AC Mizal, Abam, Achey, Fad, Douglas Lim, Rashid Salleh, Kuah Jenhan dan di Hoskan oleh Afdlin Shauki. Turut membawakan penampilan Dato� Siti Nurhaliza. Ia bakal berlangsung pada 22 serta 23 Oktober, jam 3 petang dan 8 malam. Tiket berharga RM38, RM88, RM108, RM128, RM138 dan RM188 boleh dibeli menerusi www.redtixairasia.com

Program : Mahaguru Spontan
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Jenis : Komedi
Tarikh : Sabtu 22 oktober dan Ahad 23 oktober
Masa : 3 petang dan 8 Malam
Penganjur : Comedy Planet & Vision Works
Harga Tiket : RM38 hingga RM188
Tiket Online : www.redtixairasia.com

Sebuah persembahan nyanyian pembukaan akan disusuli dengan permainan improvisasi secara berturut-turut, diyakini bakal menjadi sebuah persembahan komedi yang paling lawak di Malaysia.Berbeza dari program seumpamanya, penglibatan penonton dalam persembahan seperti pengolahan situasi dan bermain dalam beberapa permainan bakal menggamatkan lagi suasana.
- Tiada persembahan Dato' Siti Nurhaliza pada jam 3.00petang 22 October 2016.
- Tiada persembahan Douglas Lim pada jam 8.00malam 22 October 2016.
- Tiada persembahan Abam Bocey pada 23 October 2016.

KONSEP PERMAINAN

PERMAIN : Permainan yang akan dimainkan terdiri daripada permainan-permainan yang terdapat di dalam rancangan Spontan, Super Spontan, Actorlympics dan Liga Lawak Superstar.

�HULUBALANG SPONTAN� : Penonton boleh mencadangkan situasi berdasarkan penerangan dari host dan menulis situasi tersebut untuk dikumpulkan oleh �Hulubalang Spontan� yang membawa balang-balang mereka untuk diserahkan kepada pengacara.

PERMAINAN IMPROVISASI : Kesemua permainan improvisasi yang dimainkan adalah berdasarkan situasi dan cadangan yang telah penonton tuliskan dan letakkan ke dalam balang di awal persembahan itu tadi.

PEMILIHAN PEMAIN : Host akan memilih pemain untuk bermain. Namun, host juga boleh membuka ruang kepada penonton untuk mencadangkan pemain.

PERMAINAN FIZIKAL : Untuk persembahan penutupan, pengacara akan membawa penonton ke sesi fizikal di mana kesemua selebriti akan bermain permainan yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

PERSEMBAHAN PENUTUP : Setelah berakhirnya permainan fizikal, selebriti akan mendendangkan lagu yang bermotifkan perpisahan dengan lirik-lirik yang berisikan pesanan penaja atau pesanan khidmat masyarakat (PSA); contohnya: PETA, kempen kesedaran penyakit kanser, dan lain-lain.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment