Konsert Wings di Sabah 24 Disember ini

Kumpulan Wings

Konsert Wings 30 Tahun Live anjuran KAMI Mutiara Global Sdn Bhd mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PERSON). Selain Joe, kumpulan Wings yang ditubuhkan pada tahun 1985 turut dianggotai oleh Awie selaku vokalis, Black (pemain dram) dan Eddie (gitar bass).

Selepas Stadium Merdeka dan Johor, Wings melengkapkan sambutan ulang tahun tiga dekad kumpulan itu menerusi Konsert Wings 30 Tahun Live yang akan berlangsung Stadium Likas Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Disember ini.

Wakil Wings, Joe atau nama sebenar, Abdul Zamin Abdul Kadir, berkata persembahan mega itu mengekalkan konsep 'Back To 80's' iaitu mengembalikan kegemilangan dan nostalgia rock era 1980-an. Katanya, pada masa sama mereka mengekalkan tenaga produksi, peralatan teknikal, sistem bunyi serta pencahayaan seperti konsert di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

"Konsert di Kota Kinabalu nanti adalah kesinambungan seperti di Kuala Lumpur dan Johor. Kami turut membawa Akim & The Majistret, Felix, Extranged dan ramai lagi bagi memeriahkan konsert di Stadium Likas nanti.

"Kami menjanjikan kepuasan kepada penyokong kami di Sabah dengan kelengkapan yang disediakan bagi menjayakan konsert bagi meraikan ulang tahun ke-30 Wings," katanya. Keseluruhan persembahan akan membangkitkan nostalgia dan meninggalkan kenangan manis kepada peminat yang mana puluhan lagu akan dipilih daripada album pertama hingga album ke-17. - BHarian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment