Drama Amsyar lakonan Ben Laden


Sinopsis drama Amsyar, kehidupan Arfa dan Farid sangat lengkap dan sempurna dengan membesarnya anak yg mereka sayangi. Satu -satunya yang paling nakal, paling mengada-ngada, paling annoyying tapi paling manja - Amsyar. Namun kebahagiaan mereka tidak lama. Semuanya berubah kerana sebuah tragedi.



Azhar (pakcik Amsyar) bekerja sebagai pemandu teksi. Isterinya pula suri rumah tangga yang selalu membebel. Sehinggalah tragedi hitam itu turut merubah kehidupan keluarga Azhar dan Mariah. Merekalah yang bakal mendera dan membuli Amsyar dengan kejam.


Sharul (pakcik Amsyar) bahagia dengan kehidupannya meskipun memiliki isteri Lia yg boros, suka berbelanja dan selalu kekwat. Fariz anak mereka juga kadang kala nakal. Namun begitu sebuah tragedi hitam terjadi. Dan merubah seluruh keluarga mereka. Sharul bertekad menjaga dan melindungi anak saudaranya, Amsyar namun Lia selalu melayan buruk. Sharul terus mempertahankan Amsyar dalam apa jua keadaan.

Lakonan Ben Laden, Redza Rosli, Kairul Nizam, Faralyna Idris, Hairi Safwan, Wina Azlan, Juedian Omar. Terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Nantikan drama Amsyar yang bersiaran 20 episod bermula pada 27 Oktober ini setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment