Sinopsis Bisik Pada Langit

Bisik Pada Langit

Filem televisyen (FTV) terbaharu terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd berjudul Bisik Pada Langit akan disiarkan di saluran Astro First Eksklusif (480). Filem arahan  Kabir Bhatia itu menampilkan Jalil Hamid, Ummi Nazeera dan Beto Khusyairi selaku tonggak utama. Bisik Pada Langit mengangkat kisah kekeluargaan sebagai plot utama dan diapit pula dengan aspek ketulusan sebuah persahabatan, cinta dan ketentuan takdir yang telah tersurat. Jangan lepaskan peluang untuk menonton tayangan eksklusif �Bisik Pada Langit� bermula 15 September 2016 ini di Astro First Eksklusif saluran 480. Langgan RM15.90 untuk menyaksikan filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.  

JUDUL : BISIK PADA LANGIT
TARIKH TAYANGAN : 15 September 2016
SIARAN : Astro First Eksklusif (480) 
SKRIP : Sofia Rhyland & Maizura Ederis
PENGARAH : Kabir Bhatia
TERBITAN : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
PELAKON : Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Khusyairi, Fadilah Mansor, Naim Daniel, Erwin Dawson

LAGU TEMA / OST BISIK PADA LANGIT
Tajuk : Lygophobia
Penyanyi : Akim & The Majistret
Lirik : Laq
Komposer : Hang Nadim

SINOPSIS BISIK PADA LANGIT 
Mengisahkan pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagai seorang ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya dan sanggup menunaikan segala kehendak permata hatinya ini bagi memastikan kebahagiaan dikecapi beliau pada setiap masa. Siti Hajar (Ummi Nazeera) merupakan satu-satunya anak perempuan dari tiga beradik. Sama seperti ayahnya, abang beliau, Zaidi (Beto Kusyairi) dan adiknya, Ikram (Naim Daniel) turut perlu berkorban semata-mata demi memastikan cita-cita Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran di Perth, Australia dapat direalisasikan. Walaupun dalam keadaan berat hati, Wak Selamat perlu membenarkan anaknya pergi dengan harapan Siti Hajar dapat membawa pulang segulung ijazah seterusnya membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan.

Harapan Wak Selamat musnah apabila Siti Hajar dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Perth. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar, namun pada masa yang sama, semua ahli keluarga sudah mengetahuinya sejak dari duhulu lagi. Siti Hajar kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di negara asing yang menjadikan keluarganya di Malaysia tidak senang duduk dan ditindih keresahan.

Pelakon Bisik Pada Langit
Pelakon filem Bisik Pada Langit
Tidak cukup sekadar memanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya, Wak Selamat terus berusaha mencari jalan agar beliau dapat pergi ke Australia untuk melihat sendiri keadaan anak kesayangannya itu. Tanah yang ada digadaikan, rumah pula dipajakkan, saudara mara ada yang membantu tetapi kebanyakkan dari mereka dilihat lebih banyak mencemuh kerana tidak setuju akan keputusan Wak Selamat untuk pergi melawat anaknya di Australia kerana ia diandaikan sebagai satu pembaziran kepada mereka yang terang-terangan hidup susah di sini. Wak Selamat dan keluarganya dinasihatkan untuk terus menanti akan keputusan doktor dengan penuh pasrah di Malaysia. Tetap berdegil dengan keputusan beliau, Wak Selamat terus dengan pendiriannya untuk pergi ke Australia melawat anaknya. Namun begitu, adakah usaha Wak Selamat selama ini bakal menemui jalan buntu, dan adakah Siti Hajar akan kembali sedar atau Wak Selamat terlewat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya?

Previous
Next Post »
Thanks for your comment