Filem Surf This Love lakonan Shukri Yahaya

Shukri Josiah

Mengulas filem Surf This Love terbitan Global Solution Resources yang akan menemui penonton awal tahun depan, Shukri berkata ia memberi cabaran berbeza kepadanya apabila melakonkan watak peluncur air.

Selain Shukri, filem ini turut dibintangi Christina Suzanne, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim dan Ardell Aryana.

�Selepas ini saya akan sibuk mempromosikan Surf This Love pula dan secara peribadi saya menyukai filem ini kerana wataknya berbeza.

�Saya sengaja membiarkan rambut menggerbang panjang bagi menjiwai watak sebagai �surf boy�. Ini kerana kebanyakan imej peluncur air memang begitu. Saya juga menyukai laut dan sangat seronok ketika menjayakan penggambaran filem ini.

�Mudah-mudahan Surf This Love mendapat sambutan hangat penonton kerana ia karya pertama seumpanya di negara ini,� katanya.

Demi si kecil, Aaira Ameena yang baru berusia 20 hari, Shukri Yahaya, 28, sanggup berulang-alik setiap hari dari rumahnya di Kajang, Selangor ke lokasi penggambaran di Kuala Selangor.

Usai penggambaran drama Tujuh Hari Mencintai, Shukri pasti bergegas pulang ke rumah untuk menatap wajah puteri sulungnya itu.

�Setiap hari saya mahu menatap wajah Aaira. Dia belum tahu apa-apa tetapi saya merindui suaranya dan tidak kisah berulang-alik setiap hari ke lokasi penggambaran.

�Walaupun penat saya puas dan rasa letih akan hilang apabila melihat wajahnya,� kata pelakon filem Surf This Love ini.

Sebaik sahaja melahirkan Aaira, isterinya, Tya Adnan, berpantang di rumah mereka kerana ibu mentua Shukri meninggal dunia pada April lalu. Ketika itu Tya sedang hamil lima bulan. Selepas ketiadaan ibu tercinta, bapa Tya terus menetap bersama mereka.

�Dengan bantuan bapa mentua, saya sendiri menjaga Tya sejak hari pertama dia berpantang sehinggalah sekarang. Pada mulanya saya agak kelam kabut kerana tidak tahu nak menjaga orang berpantang dan banyak pula pantang larang yang perlu dipatuhi termasuklah soal makan minum.

�Namun keluarga saya dan rakan rapat yang sudah berkeluarga termasuk penerbit filem Surf This Love, Amie Zhu, setiap hari menghubungi saya memberitahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan Tya.

�Alhamdulillah, kini saya semakin mahir dan syukur Aaira serta ibunya sihat. Pun begitu kesibukan saya bertambah kerana perlu membeli barangan keperluan Aaira dan Tya. Bagaimanapun saya suka isteri berpantang di rumah kerana mudah untuk saya memantau keadaannya. Sebelum ke lokasi penggambaran, saya akan sediakan segalanya untuk mereka berdua.

�Saya juga tidak bimbang setiap kali keluar rumah kerana bapa mentua ada untuk menjaga Tya dan Aaira,� katanya yang menyunting Tya sebagai suri hidup pada 20 November 2015.

Menyentuh perihal kerjaya, sejak mendirikan rumah tangga Shukri hanya fokus satu projek pada satu masa kerana mahu habiskan lebih masa bersama keluarga.

Selesai penggambaran Tujuh Hari Mencintaimu pada awal Oktober ini, dia akan terbabit dengan drama lain pula.

�Saya tak akan terima banyak projek dalam masa yang sama kerana ia akan menyusahkan banyak pihak. Mereka terpaksa bersusah payah menyusun jadual kerja saya.

�Saya juga mahukan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Kalau buat banyak kerja dalam satu masa, mustahil saya dapat lapangkan masa untuk Tya dan Aaira,� katanya. - Nor Akmar Samudin, HMetro
Previous
Next Post »
Thanks for your comment