Drama Tuhan Jagakan Dia lakonan Sherry Ibrahim


Meskipun akan sibuk dengan aktiviti promosi single Seikhlas Cinta, Sherry tetap aktif berlakon dan akan muncul dalam drama Tuhan Jagakan Dia sebanyak 13 episod.

Tiada wanita mengimpikan hubungan cinta dijalin ternoktah di tengah jalan. Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi, Sherry Ibrahim, 33.

Menyedari jodoh adalah ketentuan Yang Maha Esa, Sherry mengakui akur dengan takdir sudah diatur buatnya. Cinta yang dijalin bersama pelakon Fattah Amin putus di tengah jalan.

Enggan lagi terus mengenang episod luka yang sudah berlalu, Sherry atau Syarizad Ibrahim berkata, kini keadaan dirinya semakin baik.

�Saya reda dengan apa yang berlaku dan nampaknya perancangan ditetapkan Tuhan adalah terbaik untuk saya.

�Meskipun putus cinta, saya masih harus bersyukur kerana impian untuk muncul dengan single solo, Seikhlas Cinta menjadi kenyataan.

�Bukan itu saja, saya juga tampil memperkenalkan produk penjagaan wajah Deeja Cosmetic sebagai pembuka laluan dalam perniagaan.

�Jadi, apa yang sudah diaturkan Tuhan buat saya amat besar nikmatnya dan seharusnya saya bersyukur,� katanya.

Mengenai terapi dirinya berhadapan saat sedih akibat putus cinta, Sherry berkata dia mengambil pendekatan positif.

�Terus terang, saya menjadi lebih tenang melalui semua dugaan ini kerana mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang. Selebihnya, takdir hidup kita hanya Tuhan yang tentukan.

�Kalau dahulu, jika bersedih saya akan pergi bercuti menenangkan diri tetapi sekarang lebih selesa muhasabah diri.

Apatah lagi kalau difikirkan dengan teliti, sebenarnya Allah tunaikan apa yang pernah saya impikan selama ini,� katanya.

Menurut Sherry, dia juga membuka lembaran baru dalam meneruskan kehidupannya dan harus berasa gembira dengan kehidupannya ini.

�Setiap apa yang sudah dianugerahkan Tuhan itu mestilah dihargai. Dalam hubungan cinta bukan sekadar kasih dan sayang saja, juga keikhlasan dalam hubungan itu adalah tunjangnya.

�Bukan hanya percintaan, apa saja yang kita lakukan dalam kehidupan harian sama ada dalam karier seni atau perniagaan, haruslah sentiasa ikhlas,� katanya.

Mengakui dia mudah tersentuh emosi, Sherry berkata, ada kalanya dia tidak berupaya mengawal kesedihan.

Memiliki wajah mulus, Sherry juga sedia berkongsi tip kecantikannya. Katanya, dia memang rajin mencuci muka.

�Sebagai pelakon yang terdedah kepada solekan, penting untuk saya selalu mencuci muka bagi menanggalkan mekap.

�Pun begitu, saya hanya menggunakan sabun pencuci daripada Deeja Cosmetic yang sesuai dengan kulit saya. Selain itu, saya juga mengenakan krim pencerah siang dan malam, juga daripada Deeja Cosmetic yang dihasilkan dengan ramuan khas serta serasi dengan kulit,� katanya.

Kata Sherry, produk penjagaan wajah keluaran Deeja Cosmetic juga sesuai untuk lelaki.

Untuk tip penjagaan vokal pula, Sherry berkata, dia diminta supaya minum banyak susu berbanding air berperasa coklat.

�Sebenarnya saya lebih suka minum Milo. Jadi, sukar juga untuk saya mengubah tabiat suka minum Milo kepada susu.

�Apapun, pembabitan dalam nyanyian adalah impian saya. Keutamaan karier seni saya masih lagi pada lakonan,� katanya.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment