Drama Suri Hati Mr Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin

Neelofa

Bermula 10 Oktober ini di Astro Ria, drama Suri Mr Pilot adaptasi novel karya Dyla Dyna akan memulakan siarannya. Drama terbitan Cube Film Sdn Bhd ini diarahkan oleh Michael Ang dan dibintangi pelakon seperti Fattah Amin, Neelofa, Eleena, Alvin Chong, Mas Khan, Aleza Shadan, Nina Juren.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16

SHMP Special Episode Hlive

Sinopsis drama, pertemuan Ejaz (Mr. Pilot) dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Nantikan drama Suri Hati Mr Pilot ini bermula 10/10/2016 selepas tamatnya Abang Bomba I Love You, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 maam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment