Drama Arluna lakonan Saharul Ridzwan dan Anzalna


Akan datang di Astro Ria, drama adaptasi novel Arluna karya Rin Ahmad. Antara pelakon yang membintangi Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen. Terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahankan Emi Suffian.

Link: Baca novel Arluna

Sinopsis drama, menceritakan tentang kehidupan Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam.

Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasihnya Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya nanti? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

Saksikan nanti drama Arluna bersiaran setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment