Liayana target 45 kg

�Tidak mudah sebenar�nya mengurangkan berat badan selepas bersalin. Apatah lagi selepas melahirkan anak kedua tetapi saya tekadkan hati untuk giat berusaha dalam memastikan mencapai sasaran badan ideal 45 kilogram.

Golongan wanita sering dihantui masalah berat badan selepas melahirkan anak. Namun tidak bagi pelakon, penyanyi dan penerbit filem Liyana Jasmay, 28.

Liayana

Mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari 2013, Liyana melahirkan anak sulung, Sofea Arissa pada Mei 2014 kemudian anak kedua, Selena pada Januari lalu.

Tentunya jarak usia anak yang rapat membuatkan Liyana belum sempat mendapatkan kembali bentuk badan asal apabila mengandung kali kedua.

Bagaimanapun, itu bukan masalah bagi Liyana apabila tampil penuh yakin selepas melahirkan anak kedua. Penampilannya tidak jauh beza sebelum berkahwin walaupun kini status ibu anak dua.

Bertemu pelakon filem Isyarat Cinta itu, Liyana sedia berkongsi tip pejagaan kesihatan yang dilakukannya.

Katanya, sibuk macam manapun dia akan pastikan membuat senaman dua kali dalam seminggu.

�Kini berat badan saya sekitar 46 ke 47 kilogram dan saya perlu bekerja keras untuk menurunkan kira-kira dua kilogram lagi.

�Saya yakin memperoleh berat badan disasarkan dengan mengamalkan beberapa tip penjagaan kesihatan,� katanya.

Selain bersenam, Liyana juga mengurangkan pengambilan nasi.

Katanya, kalau pun makan nasi, dia akan pastikan hanya sedikit dan dia tegas mengawal pengambilan nasi.

�Saya juga amalkan makan jamu. Seingat saya, sejak belajar di kolej lagi kerana ibu yang suruh. Ibu mendedahkan saya dan kakak untuk mengamalkan makan jamu kerana banyak khasiat yang baik untuk badan.

�Cuma ketika remaja dan belum berkahwin dulu, saya makan jamu tak konsisten. Kadang makan, kadang tidak. Tapi selepas bersalin anak sulung, barulah saya fokus amalkan makan jamu dengan betul,� katanya.

Liyana akui amalan makan jamu baik untuk kesihatan dalam jangka panjang.

Untuk petua penjagaan vokal, Liyana yang juga dikenali melalui lagu Aku Tak Percaya Cinta, akui tiada sebarang pantang dan makan apa saja diinginkan. Cuma, katanya, sebelum memulakan persembahan dia pastikan minum banyak air suam.

�Saya juga akan elakkan minuman berkarbonat. Penting untuk saya menjaga vokal sebelum persembahan,� katanya.

Selain berlakon dan menyanyi, Liyana juga makin serius dalam bidang perniagaan. Katanya, dia bersikap suka mencuba dan gigih berusaha.

�Dalam bidang perniagaan, haruslah tabah dan cekal. Jangan cepat kecewa dan putus asa. Walaupun mungkin perniagaan dijalankan tidak berjaya, jangan berhenti. Teruskan saja usaha tanpa jemu.

�Ia pasti membawa banyak manfaat. Secara tidak langsung, pengalaman dikumpul itu sudah tentu banyak membantu,� katanya.

Bermula dengan Mermaid Luxe yang menghasilkan tudung dan jubah, Liyana kemudian membuka butik pakaian diberi nama Mermaid Store.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, Liyana tidak pernah ketepikan minat dan cintanya terhadap dunia seni sama ada nyanyian dan lakonan. Katanya, dia akan sibuk dengan promosi single baru, Oh Nana, bulan depan.

Lagu ciptaan sepenuhnya bekas anggota kumpulan Sleeq, Alif Abdullah itu menjadi taruhan Liyana buat peminat.

Tiga tahun tidak merakamkan lagu baru, Liyana masih selesa meneruskan perjuangan muziknya dalam genre pop dan R&B.

Mengenai lakonan pula, Liyana kini lebih selesa membintangi filem terbitan syarikat produksinya sendiri, Mermaid Studios.

Keutamaannya kini lebih ditumpukan kepada keluarga dan menolak membintangi drama bersiri yang menuntut waktu yang panjang.

Katanya, sukar baginya berjauhan lama dengan anak. Daripada tidak boleh memberi komitmen, lebih baik tolak sahaja. - HMetro
Previous
Next Post »
Thanks for your comment