Ayda dan Radin hanya kawan rapat


"Slot Cinta 40 Era dikendalikan sepenuhnya oleh Radin, oleh itu pihak pengurusan ada menawarkan saya untuk turut menjayakan segmen berkenaan. Namun, kekangan masa membataskan saya untuk memberi komitmen kepada slot itu.

Pelakon, Ayda Jebat, menjelaskan keakraban hubungan dengan penyampai radio, Radin, tidak lebih daripada persahabatan yang terjalin antara dua insan. Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 23, berkata pihak pengurusan sebuah stesen radio swasta ada meminta jasa baik beliau untuk mengendalikan segmen cinta bersama Radin yang menguatkan lagi gosip antara mereka berdua.

"Mungkin saya hanya dapat bersama Radin dua kali seminggu, manakala selebihnya dimeriahkan dengan selebriti tempatan lain pula. Jadual yang padat membuatkan saya terpaksa menolak tawaran mereka," katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Siapa Diriku ini berkata kesihatannya kini beransur pulih. Ayda mengakui badannya yang kurus menjadi faktor kelemahan antibodi beliau berhadapan cuaca sejuk ketika menjalani penggambaran di New Zealand, baru-baru ini.

"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik jika dibandingkan sebelum ini. Saya tidak mahu merisaukan peminat dan penyokong di luar sana dengan bercerita soal kesihatan, doakan saya cepat sembuh," kata Ayda.

Dalam perkembangan terkini, Ayda bakal menjayakan drama bersiri Awak Sangat Nakal bersama Sharnaaz Ahmad. Selain itu, beliau juga baharu saja menyelesaikan penggambaran filem Pinjamkan Hatiku yang dijangka berada di pawagam tahun hadapan.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment