Cinta Si Wedding Planner Raya (TV3)

Cinta Si Wedding Planner Raya

Nantikan kemunculan semula gandingan Adi Putra dan Mira Filzah dalam telefilem Cinta Si Wedding Planner Raya istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri. Disiarkan pada malam raya, 5 Julai 2016, jam 9.15 malam di TV3. 

JUDUL : CINTA SI WEDDING PLANNER RAYA
TARIKH / MASA : Selasa, 5 Julai 2016, 9.15 malam
SIARAN : TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Adi Putra, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Nazeera Sardi, Elvina

SINOPSIS CINTA SI WEDDING PLANNER RAYA
Sambungan daripada drama siri Cinta Si Wedding Planner. Fariz Adryan dan Zara Batrisya telah berkahwin selama dua tahun. Sementara itu, Ikhmal Bazli dan Shaqirin juga sudah berkahwin lebih kurang setahun. Zara dan Bazli merupakan adik-beradik yang telah terpisah semenjak kecil. Namun begitu, mereka pernah menjalinkan hubungan percintaan sebelum mengetahui hal sebenar. Hal ini menyebabkan Shaqirin cemburu kerana hubungan mereka kekal mesra. Konflik terjadi apabila salah faham wujud antara kedua-dua pasangan ini. Zara Batrisya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk menjarakkan diri dengan Fariz Adryan.

Cinta Si Wedding Planner Raya TV3
Pelakon telemovie Cinta Si Wedding Planner Raya
Previous
Next Post »
Thanks for your comment