Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2016

Tarikh dan lokasi ujibakat AF 2016 Akademi Fantasia Astro. 

Pencarian bakat baharu dalam bidang nyanyian menerusi Program Akademi Fantasia 2016 kini bermula. Bagi anda yang berbakat dan ingin mencuba nasib, berikut adalah info penting mengenai Ujibakat AF 2016 yang diadakan secara online dan pentas (On Ground). Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 tahun sehingga 35 tahun dan hanya persembahan solo diterima.

Tarikh dan lokasi ujibakat AF 2016 Akademi Fantasia Astro.

Ujibakat AF 2016 Akademi Fantasia Astro Online (Kini Dibuka)

1. Caranya mudah sahaja, videokan nyanyian anda yang berdurasi 1 minit, muat naik ke akaun Instagram masing-masing dan pastikan akaun aktif dan tidak diprivasikan.
2. Setiap video yang dimuat naik wajib disertakan dengan hashtag #BakatAF2016 dan hendaklah di tagkan kepada Instagram @AkademiFantasia.
3. Kesemua peserta yang mempunyai kualiti nyanyian terbaik dan memenuhi kriteria yang dicari akan disenarai pendek dan menyertai uji bakat melalui ‘fast lane’.
4. Uji bakat ‘fast lane’ ialah peserta yang terpilih dari #BakatAF2016 tidak perlu melalui uji bakat di ‘stage pertama’ sebaliknya akan ke ‘stage kedua’ secara automatik sebelum mara ke peringkat seterusnya.
5. Hantarkan penyertaan anda bermula 9 hingga 24 Jun ini.

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat AF 2016 (Terbuka On Ground)

  • The Light Hotel, Seberang Prai, Pulau Pinang: Tarikh akan dimaklumkan
  • 1Borneo Hotel, Kota Kinabalu Sabah: Tarikh akan dimaklumkan
  • Berjaya Waterfront, Johor Baharu: Tarikh akan dimaklumkan
  • Kompleks Sukan Negara Kuala Lumpur: Tarikh akan dimaklumkan

Syarat Ujibakat AF 2016 (On Ground Terbuka)

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan Singapura berumur antara 18 – 35 tahun pada 1 Jun 2016.
  • Peserta mestilah warganegara Malaysia dan Singapura dan mestilah mempunyai Kad Pengenalan (NRIC) atau Kad Pengenalan Singapura dan/atau pasport.
  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan Malaysia, untuk peserta Malaysia dan Kad Pengenalan Singapura dan/atau Pasport Singapura bagi peserta Singapura
  • Dua (2) gambar terbaru bersaiz 4R (1 separuh badan, 1 gambar penuh) daripada peserta;
  • Satu (1) gambar pasport terbaru peserta
  • Terbuka untuk persembahan Solo

Senarai Lagu Ujibakat AF 2016 Peserta Lelaki

Akan dimaklumkan

Senarai Lagu Ujibakat AF 2016 Peserta Wanita

Akan dimaklumkan
Previous
Next Post »
Thanks for your comment