Proton Perdana baru 2016

Gambar The New Perdana 2016

Proton Holdings Bhd. (Proton) telah melancarkan versi baharu kereta Proton Perdana generasi ke-4 secara rasmi dalam majlis pelancaran yang berlangsung pada hari Selasa 14 Jun 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 
Proton Perdana baharu (The New Perdana) itu dibina melalui kerjasama strategik bersama Honda Japan Ltd di bawah inisiatif perkongsian platform bagi mempertingkatkan daripada segi pengendalian kereta dan keselesaan 
Proton Perdana didatangkan dengan tawaran dua varian iaitu 2.0 dan 2.4 liter, menampilkan kereta sedan eksekutif yang sofistikated (canggih) serta bergaya 

The New Perdana 2016 1

The New Perdana 2016 2

SPESIFIKASI DAN HARGA PROTON PERDANA BARU 2016 

Engine Perdana Baru 2016 2.4

Secara ringkasnya, The New Perdana bagi varian 2.0 didatangkan dengan enjin SOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 154 kuasa kuda (bhp) dan kilas (tork) 189Nm Manakala Varian 2.4 pula dipadankan dengan enjin DOHC empat silinder 16 injap yang menghasilkan 178 bhp dan 222Nm tork . 

Harga Proton Perdana Baru 2016

Kedua-dua Proton Perdana bagi varian 2.0 L dan 2.4 L itu berharga RM113,888 dan RM138,888
Previous
Next Post »
Thanks for your comment