Filem Angin Cinta (2016) - Full Movie


Filem Angin Cinta (2016) - Full Movie

Angin Cinta (2016)


Astro First Eksklusif akan mempersembahkan filem eksklusif ke kaca tv berjudul Angin Cinta. Filem bertemakan cinta dan kekeluargaan ini akan memperlihatkan Zizan Razak dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama. Filem Angin Cinta arahan Ghaz Abu Bakar akan disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 30 April ini dengan bayaran RM15.90 untuk tempoh 48 jam dari pembelian. 
~credit to myinfotaip~
 


JUDUL : ANGIN CINTA
TARIKH TAYANGAN : 30 April 2016
SIARAN : Astro First Eksklusif 380
PENGARAH : Ghaz Abu Bakar
TERBITAN : Mermaid Studio Sdn Bhd
PELAKON : Zizan Razak, Ummi Nazeera, Sharonizam Noor, Zarina Zainuddin


LAGU TEMA / OST ANGIN CINTA
Lagu : Berteman Sepi
Penyanyi : Ungu & Stacy
YouTube : https://youtu.be/07swItPmDOI


SINOPSIS ANGIN CINTA
Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK punya segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta.


Dan orang cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhhh! Kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya. Tetapi demi seorang Irika, KK sanggup melakukan apa saja yang terdaya.


Kehadiran IRIKA seolah memberi satu nafas baru dalam hidup KK yang sepi tanpa sebuah cinta selama ini. Saat cinta itu dia perolehi dan hampir saja ke jinjang pelamin, ada satu permintaan yang Irika pinta, membuatkan KK rasa serba salah. Irika pula tidak pernah mengimpikan apa-apa sepanjang hidupnya, kecuali satu perkara. Bersatu dengan abahnya semula setelah mereka lama terpisah.


Dan sebaik saja menerima lamaran KK, perkara pertama yang Irika mahu ialah melangsungkan majlis mereka di rumah abahnya. Namun perkara itu tidak semudah dan seindah yang dia sangka.


�Awak, rumah abah awak tu dekat pulau! Saya ulang sekali lagi, pulau! Awak dengar tak? Pulau okey! Apa nama dia tadi? Oh� Pulau Tuba, kan? Nama pulau tu pun dah buat saya rasa macam kena racun tuba.� � KK


Namun, setelah menempuh pelbagai halangan untuk mencuri hati gadis itu, KK masih ada halangan besar yang dia perlu atasi! Kenapa dalam banyak-banyak halangan, halangan ini yang paling sukar?


�Hei, budak tak ada adab! Hang mai sini aku tak pernah pelawa tau! Jangan kurang ajaq sangat. Sekarang ni aku nak hangpa dua-dua berambuss!� � Pak Mustafa
Kehadiran mereka ke pulau itu langsung tidak digemari Pak Mustafa. Lelaki itu seolah-olah sudah membuang Irika jauh dari hidupnya setelah dia berpisah dengan mama Irika. Kemunculan KK pula menambahkan kebencian abahnya dan langsung tidak mahu merestui hubungan mereka apatah lagi hendak menjadi wali Irika dan mengizinkan majlis mereka diadakan di situ.


Irika kini tersepit antara abahnya yang sudah lama dia tidak ketemu dan juga KK, cinta hatinya yang baru dia jumpa. Siapakah yang harus Irika korbankan?
Ketika keputusan telah Irika bulatkan, KK membawa diri entah ke mana membuatkan hati Irika dipagut penyesalan. Andai benar tiada jodoh antara mereka, kenapakah angin yang menderu itu membawa cinta bersamanya?

Tonton Filem Angin Cinta (2016) - Full Movie



Filem Angin Cinta (2016) - Full Movie


Perhatian Kepada Pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox!

Sila Tutup Fungsi Pop-Up Blocker Pada Google Chrome dan Mozilla Firefox Anda Dahulu Sebelum Klik Link Di Bawah.

Cara Tutup Fungsi Pop-Up, Anda Boleh Klik Di Sini.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment