Drama Lara Aishah lakonan Fasha Sandha

nazim shah fasha

Drama Lara Aishah terbitan Global Station ini bakal ditayangkan pada Ogos ini. Masih dalam proses pengambaran. Adaptasi dari telenovela Mexico, La Loba pada tahun 2010, admin jangka pasti akan lebih 100 episod macam drama Memori Cinta Suraya.

Dibintangi pelakon-pelakon seperti Fasha Sandha, Nazim Othman, Shah Jaszle, Ainul Aishah, Liza Abdullah, Jasmin Hamid dan ramai lagi,

Sinopsis ringkas, di satu sudut muka bumi Malaysia, ada sebuah pasar yang akan dirobohkan oleh konglomerat untuk membina sebuah kompleks membeli-belah. Keadaan itu membuatkan para peniaga di situ menjadi huru-hara, namun muncul seorang hero yang akan menyelamatkan mereka dan pasar tersebut daripada huru-hara.

Gambar Pelakon



Tunggu kemunculan drama Lara Aishah di bulan Ogos nanti di Saluran Astro Prima dan Maya HD.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment