Clever Girl Malaysia (2016) TV3 - Full Episode



Clever Girl Malaysia (2016) TV3 - Full Episode

Clever Girl Malaysia (2016)


Program realiti gameshow Clever Girl Malaysia bakal menyaksikan 14 orang gadis terpintar dari setiap negeri di Malaysia bertanding menunjukkan kebolehan mereka menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan demi merebut gelaran Clever Girl Pertama Malaysia. Selain daripada menjawab soalan-soalan pada hari pertandingan, para peserta juga dikehendaki melaksanakan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat. 



Penilaian para peserta Clever Girl Malaysia akan dibuat berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan. Tiada sistem undian dilakukan. Pada akhir musim, peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000. 



Clever Girls Malaysia akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00 malam di TV3. Manakala Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016. Rancangan ini akan diacarakan oleh Alif Satar. 



Para peserta dipilih berdasarkan perwatakan yang menarik serta berpengetahuan luas dan umur dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun sahaja.~credit to infotaip~
Clever Girl Malaysia (2016) TV3 - Full Episode

Previous
Next Post »
Thanks for your comment