Tak Mahu Bergambar Izreen Azminda Dituduh Sombong

"Memang jarang terjadi diri saya bersifat sombong, apatah lagi nak 'condemn' atau marah peminat. Artis pun manusia juga. Takkan nak jadi 'alien' senyum 24 jam?

Pelakon, Izreen Azminda meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menyifatkan beliau sombong gara-gara tidak mahu bergambar dengan peminat.

Izreen Azminda Aznam, 31

Izreen nyata terkejut apabila dituduh sedemikian. Katanya, beliau sebaliknya seorang yang mesra peminat dan tidak pernah mengabaikan mana-mana individu yang menegurnya.

"Susah saya nak tolak permintaan peminat kalau ada yang minta mahu bergambar, saya tidak keberatan untuk melayani mereka.

"Justeru, saya pelik apabila ada pihak yang kata saya sombong. Mungkin pihak yang beranggapan begitu tidak menegur saya, atau hanya memandang saya dari jauh," katanya.

Sebelum itu, beberapa pengikutnya memberi komen di Instagram menyifatkan pelakon itu sombong kerana tidak mahu bergambar.

Perkara itu membuatkan Izreen menegur pengikut berkenaan sambil menegaskan, beliau antara artis yang paling susah untuk menolak permintaan peminat yang ingin mendekatinya jika ditemui di mana-mana sekali pun.

"Saya antara anak seni yang paling susah untuk menolak atau berkata 'tidak boleh' kepada peminat yang ajar bergambar. Apatah lagi jika ada yang menegur, saya pastinya akan membalas teguran berkenaan.

"Sesiapa saja, saya akan tegur seperti biasa jika mereka menegur saya. Kadangkala, saya boleh bersembang lagi jika tidak mengejar masa," ujarnya.

Sementara itu, Izreen berharap komen seperti itu takkan berulang lagi, apatah lagi beliau seorang yang mesra dengan mana-mana pihak yang menghampirinya.

"Jangan timbulkan cerita yang tidak berapa baik pada musim panas ini. Apa kata kita buat perkara yang lebih berfaedah daripada mengutuk orang tanpa sebab," tegasnya.

Sumber BH Online
Previous
Next Post »
Thanks for your comment