Tahfiz Muda di Astro Oasis


Program realiti ini akan menguji dan mencungkil bakat kemahiran kanak-kanak yang berumur lingkungan antara enam sehingga 12 tahun terhadap kebolehan mereka dalam menghafal Al-Quran.

Selepas berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi program Pencetus Ummah, kini saluran gaya hidup Islam, Astro Oasis buat julung kalinya bakal menampilkan program realiti kanak-kanak, Tahfiz Muda.

Juara - RM 10,000 dan trofi
Naib Juara - RM 7,000 dan trofi
Ketiga - RM 5,000 dan trofi
Keempat - RM 5,000 dan trofi

Tahfiz Muda akan bersiaran setiap hari Khamis, jam 9.00 malam bermula 14 April di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

10 Peserta Tahfiz Muda

Muhammad Syadril Idham Sable, 11
Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham, 10
Muhammad Uzair Ahmad Bakri, 9
Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8
Muhammad Haneef Kamarulzaman, 8
Muhammad Aminuddin Mohd Basir, 9
Muhammad Amiruddin Mohd Basir, 9
Fatimah Azzahra Bukhari, 12
Nura Mohd Nazir, 10
Mohamad Aqil Khair Mohammad Fairie, 11.

Dengan tema 'Quranku, Sahabatku', program yang bakal bersiaran selama tujuh minggu ini akan membawa penonton untuk menghayati Al-Quran sebagai panduan dan cahaya hidup, sekali gus menambahkan lagi ketaqwaan umat Islam kepada Allah, agar lebih berusaha untuk memahami Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, program ini dilihat mampu memberi suntikan positif kepada orang ramai khususnya golongan anak muda pada masa kini dalam bidang keagamaan, selain memenuhi permintaan masyarakat untuk melihat program realiti kanak-kanak yang tidak terbatas hanya kepada kebolehan menyanyi atau berlakon.

"Secara jujurnya, kami sendiri berasa amat berbesar hati kerana dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak menerusi platform yang kami miliki untuk mengasah dan mengembangkan bakat 'hafazan' serta mendekatkan diri dengan Al-Quran pada setiap masa," katanya pada Sidang Media Pelancaran program Tahfiz Muda Musim Pertama di Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, di sini.

Seramai 10 peserta terbaik telah terpilih daripada 120 calon yang mengikuti uji bakat pada Mac lalu di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, di sini.

Bagi musim pertama ini, Tahfiz Muda akan diadili seratus peratus oleh tiga juri tetap iaitu Ustaz Zamri Zainuldin sebagai Hakim Tajwid, PU Hafiz sebagai Hakim Hafazan dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman sebagai Hakim Tarannum Kreativiti.

Program ini akan turut menyaksikan Ustaz Don Daniyal sebagai Murabbi (Pembimbing) kepada para peserta dan Imam Muda Asyraf sebagai pengacara.


Previous
Next Post »
Thanks for your comment