Siti Nurhaliza puji Nazim Othman

Siti menulis 'well done Nazim Othman.. kemas, nyanyian tak berlebihan. "Ucapan menerusi video itu memang lagi membuat saya jadi bersemangat untuk membuat persembahan kerana beberapa minggu sebelum itu saya memang tak keruan dan gementar menjelang konsert pertama.


Video ucapan selamat maju jaya daripada Datuk Siti Nurhaliza kepada Nazim Othman ternyata memberi suntikan semangat kepada pelakon itu ketika berentap kali pertama untuk pertandingan Gempak Superstar.

Pertandingan itu yang berlangsung di Pinewood Studio Johor Bharu, memulakan saingan minggu pertama malam Ahad lalu menyaksikan Nazim mendendangkan lagu Nirmala dengan penyanyi tersohor itu.

Video itu dimuat naik Siti di laman Instagramnya dan kemudian dikongsi semula oleh Nazim menerusi medium sama. Malah Nazim turut menerima ucapan tahniah pula daripada penyanyi popular menerusi laman Twitter selepas selesai persembahannya.

nazim

Saya hanya menyedari kewujudan video itu pada beberapa jam sebelum konsert bersiaran secara langsung. "Saya memang melompat keriangan selepas menerima dan melihat video itu.

Tambah pula ia datang daripada penyanyi asal lagu Nirmala sendiri. Jujur, saya tak sangka dia sudi merakamkan video dan memuatnaiknya di laman sosial.

"Tak hanya di laman Instagram, dia memberi komen pula di laman Twitter sejurus selesai persembahan saya. Nazim mengaku ucapan Siti mengembalikan keyakinan diri di sebalik tekanan yang dilaluinya menjelang konsert minggu pertama itu.

"Saya hanya mampu memanjat kesyukuran kerana di sebalik apa yang orang cakap, kata-kata semangat penyanyi terkenal itu sudah memadai. Di sebalik drama, tekanan, gementar hingga tak tidur secukupnya, muka sembab dan naik jerawat, semangat Siti Nurhaliza itu buat saya jadi lebih bersemangat dan tenang," katanya kepada BH Online sambil memberitahu dia berada di senarai kedua di bawah Sherry Ibrahim selepas konsert minggu pertama berakhir.

Nazim berkata, kira-kira tiga minggu sebelum konsert pertama, tidurnya tak pernah lena dan cukup.

"Saya tidur dalam tiga jam kemudian terbangun. Hari-hari memang tertekan jadinya. Ikutkan untuk persembahan lagu Nirmala itu saya perlu berlatih lama tetapi dalam pertandingan ini, semuanya diterima pada minit akhir.

Saya dapat susunan lagu contohnya pada hari Jumaat lalu. Sabtu pula saya tengok props di atas pentas dan berlatih dengan penari hingga ke siang Ahad. "Ahad sudah bersiaran langsung. Faktor masa memang begitu genting.

Tambahan pula untuk lagu itu, saya perlukan props yang besar dan penari seramai 18 orang dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Johor.

Tapi semua ini dilihat menjadi cabaran untuk saya dan teman pelakon lain yang berentap sama," katanya. Ditanya kenapa memilih lagu Nirmala, Nazim memberitahu dia adalah peminat nombor satu Datuk Siti Nurhaliza.

"Kebetulan untuk minggu pertama, kami selaku peserta bebas memilih lagu yang diminati. Ikutkan saya memang suka lagu berentak Irama Malaysia seperti Nirmala," katanya.

Selain Nazim, sembilan pelakon lain yang berentap di Gempak Superstar ialah Sofi Jikan, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamarudin, Arja Lee, Izreen Azminda, Tasha Shilla, Raja Ilya, Sherry Ibrahim dan Siti Elizad.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment