Mustar Juara Kilauan Emas Otai


Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar, 47, menjadi juara Kilauan Emas Otai (KEO) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, di sini malam ini.

Keputusan Kilauan Emas Otai

1st Mustar - RM150,000
2nd Ahmad Fuad Zaharullail - RM50,000
3rd Idris Mohd Shabidin - RM30,000
4th Mohammad Nasiruddin - RM10,000

Sementara Silahudin Ali, 55, atau Silah turut diumumkan menerima Anugerah Khas Juri yang menerima wang tunai RM10,000.

Semua peserta diadili juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS dan Erra Fazira selain juri jemputan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan Fauziah Ahmad Daud.

Juri profesional mewakili 50 peratus pemarkahan dan 50 peratus daripada undian SMS. Pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) mula disiarkan stesen TV itu sejak 9 Mac lalu selama tujuh minggu.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment