Drama Suami Tanpa Cinta di Astro Ria


Drama bersiri terbaru di Astro Ria, 'Suami Tanpa Cinta' bakal menggantikan siri Aku Bukan Bimbo. Bersiaran setiap Isnin hingga Khamis 10 malam, bakal memulakan episod pertama pada 4 April 2016. Pelakon utama adalah Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman (Aid) dan Janna Nick sebagai Ain Syifa.

Info Drama
Adaptasi novel karya: Syamnuriezmil
Jumlah Episod: 16
Terbitan: Pena Creative Picture Sdn Bhd
Pengarah: MP Roslin
Skrip:
Pelakon: Shukri Yahaya, Janna Nick, Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand, Afzan A.Rahman

Lagu Tema/OST
Mungkin Saja - Janna Nick
Lagu/Lirik: Kuncidemak

Koleksi Teaser STC
Sedutan Episod 2
Sedutan Episod 3
Sedutan Episod 4
Sedutan Episod 5
Sedutan Episod 6
Sedutan Episod 9
Promo minggu Akhir

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16

Sinopsis
Dramai ini mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?

Video Promo
Previous
Next Post »
Thanks for your comment