Amar Baharin tubuhkan syarikat rakaman Jack Jupiter Records

�Saya terlebih dulu meneliti keadaan semasa sebelum membuat keputusan dan saya lihat ia ada potensi dalam nyanyian."

Karier Amar Baharin berjalan dengan baik. Berjaya menambat hati penonton menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, kini semakin ramai pengarah dan produser mengejar Amar membintangi naskhah mereka.

Amar Baharin
Amar Baharin

Kedudukannya sebagai pelakon semakin kukuh tetapi jejaka kelahiran Kajang, Selangor ini enggan bersikap terlalu selesa, Justeru, Amar mencari alternatif lain bagi terus maju dalam industri seni.

Menubuhkan Jack Jupiter Records dengan seorang rakan, Amar memilih cabang muzik untuk perniagaan dan bukan syarikat produksi.

Status Amar Baharin sebagai pelakon mungkin menimbulkan tanda tanya mengapa dia memilih muzik untuk perniagaan. Menubuhkan syarikat rakaman awal bulan lalu, buat masa ini, Jack Jupiter Records belum mempunyai artis.

Sebagai permulaan, syarikat ini fokus pada misi menaikkan nama Amar sebagai penyanyi dan menghasilkan lagu raya duet bersama Amyra Rosli.

Amar akui ramai bertanya mengapa membuka label rakaman dan tidak syarikat produksi kerana pengalamannya sebagai pelakon. Amar ada alasannya kerana Jack Jupiter Records lebih kepada perniagaan.

�Saya bimbang tidak mampu bertahan lama apabila membuka syarikat produksi, tambah pula banyak syarikat terpaksa ditutup kerana kesukaran untuk bersaing menerbitkan karya berkualiti,� katanya.

Serius dengan cabang baru ini, Amar menafikan dia memperlahankan langkahnya dalam seni lakon. Katanya, dia akan berusaha menggerakkan kedua-duanya serentak.

�Sebenarnya minat pada bidang muzik bercambah sejak kecil lagi. Saya boleh menyanyi dan juga bermain alat muzik seperti gitar dan dram. Saya juga mempunyai lagu dan siap ditulis liriknya,� katanya.

Kata Amar, dia tidak lihat kegagalan sebagai pematah semangat. Lakonan mengajarnya untuk menerima semua kritikan sama ada negatif mahupun positif sebagai motivasi dalam kerjaya.

�Pasti ada yang akan bercakap tetapi semua itu terpulang pada penerimaan terhadap apa yang saya lakukan. Saya bersyukur andai diterima tapi kalau sebaliknya, saya akan perbaiki kelemahan.

�Sama seperti ketika awal-awal berlakon, ada yang kurang puas hati dengan lakonan saya. Tidak mustahil pembabitan dalam seni suara pun akan berhadapan dengan situasi sama. Namun, tidak bermakna saya gagal.

�Saya tidak menyanyi atau mencipta lagu untuk dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu tetapi lebih sekadar untuk berkongsi bakat dan minat. Ini adalah satu cara mencabar diri sendiri. Sampai bila saya berada pada tahap sama?� katanya.

Sebagai pengenalan diri, Amar akan bermula dengan lagu Kita berentak rock moden yang cuma menunggu masa sesuai untuk dilancar. Dia mengakui gementar menantikan reaksi peminat.

Anak seni yang menempa nama menerusi siri Suamiku Encik Sotong itu juga berkata dia bersedia andai diminta menyanyikan lagu secara langsung. Dia sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

Memulakan perniagaan pada usia 31 tahun, mungkin ada yang beranggapan sudah terlewat baginya untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, baginya usia bukan pengukur pada kejayaan seseorang.

Mengenai lakonan, dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Akadku Yang Terakhir. Menerusi drama 43 episod itu, Amar kali pertama berganding dengan Tiz Zaqyah.

Dia akui seronok bekerjasama dengan Tiz. Kali ini Amar tampil dengan karakter lebih matang berkumis tipis bagi menghidupkan karakter Irham Zahri yang sudah tiga kali berkahwin dan bercerai.

Akadku Yang Terakhir juga adalah drama paling panjang yang pernah Amar jayakan. Ia mengisahkan Irham sudah tiga kali kahwin dan cerai hingga ibu bapanya beranggapan dia ada masalah jiwa. Dia kemudian berjumpa pakar psikologi, Rania Bahira lakonan Tiz. Di situlah bermulanya perkenalan mereka.

�Awalnya Irham yang banyak tanya Rania macam dia pula pakar psikologi. Komunikasi itu kemudian perlahan-lahan melahirkan perasaan cinta,� katanya.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment