Smart Meter TNB 4 Tahun Lagi

smart meters

Tenaga Nasional Berhad merancang untuk memasang Advanced Metering Infrastructure (AMI) atau meter pintar bagi 8.5 juta pelanggan di negara ini menjelang 2020.

Info Meter Pintar/Smart Meters TNB
- Diimport serta dibangunkan dari Perancis dan Amerika Syarikat.
- 300k unit kediaman dan komersil di Melaka menjadi projek perintis bernilai 9 juta.
- Pengguna dapat mengakses maklumat mengikut masa sebenar

"Saya boleh pantau penggunaan purata dalam pejabat. Saya boleh tengok kenapa berlaku peningkatan. Sebelum ini saya susah nak tahu kadar bil saya tapi dengan meter pintar saya boleh kawal melalui atas talian sahaja," kata Mohd Arif yang ditemui sewaktu lawatan media ke Melaka anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Melaka pada Jumaat lepas.

Antara negara yang telah melaksanakan penggunaan meter pintar ini:
- Itali 30 juta
- Jepun 12 juta
- Arab Saudi 12 juta
- Sweden 5.2 juta
- Sepanyol 3 juta
- United Kingdom 1.35 juta.

Kajian pasaran inovasi teknologi oleh ABI Research menjangkakan 790 juta meter pintar bakal dipasang di seluruh dunia menjelang 2020.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment