Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta



JUDUL : SUAMI TANPA CINTA
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : April 2016
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : MP Roslin
TERBITAN : Pena Creative Picture Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Janna Nick, Cristina Suzanee, Mark Adam, Sarah Hildebrand, Afzan A.Rahman

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman (Aid)
Janna Nick sebagai Ain Syifa

SINOPSIS SUAMI TANPA CINTA 

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya. 

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain ? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah ? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu ?
Previous
Next Post »
Thanks for your comment