DUN Sarawak dibubarkan 11 April

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, hari ini mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan 11 April ini dan tarikh berkenaan sudah dipersetujui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Penentuan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis rasmi pembubaran DUN daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR Sarawak

Jurucakap SPR ketika dihubungi sebentar tadi berkata, keputusan hanya akan dibuat selepas SPR terima notis makluman itu. Difahamkan, prosedur mengenai PRN harus mengikut perlembagaan dan undang-undang sedia ada, selain mendapat notis rasmi.

Jurucakap SPR berkata, selepas menerima notis rasmi pembubaran DUN, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh PRN.

Adenan berkata, surat pembubaran DUN akan diserahkan oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, kepada SPR. | BHarian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment