13 Mitos Kesihatan di MedTweet.my

Dr Khairul

Mitos 1
Makan telur boleh sebabkan luka bernanah terutama wanita selepas bersalin.

Fakta: Telur kaya dengan sumber protein seperti ayam dan daging dan ia tidak menye-babkan nanah malah membantu penyembuhan luka selepas bersalin.


Mitos 2
Mandi ketika berpeluh punca jangkitan panau.

Fakta: Panau kebiasaannya berpunca daripada kulat dan bukannya disebabkan mandi semasa berpeluh.


Mitos 3
Resdung berlaku disebabkan ulat pada muka atau hidung.

Fakta: Resdung adalah alahan rhinitis atau sinusitis. Alahan di paru-paru dipanggil asma, di kulit dipanggil ekzema dan di hidung dipanggil rhinitis. Sinusitis pula ialah jangkitan kuman pada ruang sinus yang ada di muka. Ada benar wujud ulat di dalam hidung, kemungkinan ia disebabkan kanser hidung atau individu itu yang tidak menjaga kebersihan.


Mitos 4
Ibu hamil yang mengamalkan minuman soya boleh memutihkan kulit anak dalam kandungan

Fakta: Kulit anak dalam kandungan dipengaruhi faktor genetik atau keturunan dan bukannya melalui pemakanan.


Mitos 5
Mandi selepas makan boleh menyebabkan perut buncit

Fakta: Badan manusia mempunyai sistem kawal atur metabo-lisme tersendiri dan is tidak dipengaruhi mandi yang boleh menurunkan metabolisme.


Mitos 6
Mandi malam punca paru-paru berair (basah)

Fakta: Efusi pleura atau paru-paru basah berlaku sama ada disebabkan kanser paru-paru, jangkitan kuman, masalah jantung kronik, masalah buah pinggang (ginjal) kronik atau sirosis (pengerasan hati) yang menyebabkan berlaku sumbatan di paru-paru. Keadaan itu lama-kelamaan membuatkan air memasuki paru-paru dan bukannya disebabkan mandi malam.


Mitos 7
Senggugut berlaku akibat cakaran iblis

Fakta: Senggugut (haid) atau dysmenorrhea disebabkan peningkatan hormon prostaglandin sewaktu permulaan haid tetapi bukan semua wanita mempunyai daya tahan yang sama terhadap hormon ini, jadi bagi mereka yang daya tahan rendah, ia akan merasa kesakitan sewaktu haid. Anggapan senggugut adalah kerana cakaran iblis adalah salah.


Mitos 8
Minuman sejuk atau berais punca perut buncit

Fakta: Perut buncit disebabkan pemakanan tidak seimbang dan kurang senaman menyebabkan lebihan kalori berkumpul di lapisan bawah kulit sebagai lemak.


Mitos 9
Paracetamol boleh kekal di dalam badan sehingga lima tahun.

Fakta: Setiap ubat mempunyai 'half life' atau jangka hayat yang berbeza untuk menentukan waktu bila dos diberikan akan berkurangan kepada separuh. Proses metabolisme (penguraian) dos pada ubat seperti paracetamol akan berkurang kepada separuh dalam tempoh empat hingga enam jam dan ia hilang sepenuhnya kurang daripada 24 jam. Jadi tidak mungkin ia mampu bertahan selama lima tahun.


Mitos 10
Minuman berais punca senggugut

Fakta: Jika dilihat pada anatomi badan, sistem pencernaan dan peranakan adalah berbeza, jadi tiada kaitan minuman berais yang diminum boleh pergi ke sistem peranakan.


Mitos 11
Makan kicap boleh hitamkan parut

Fakta: Kicap adalah berasaskan soya yang juga dikatakan boleh memutihkan kulit. Jadi bagaimana is boleh memberi kesan yang jauh berbeza dalam kedua-dua keadaan?


Mitos 12
Soya punca kanser

Fakta: Soya mengandungi phytoestrogens, iaitu bahan semulajadi yang seakan-akan hormon estrogen. Oleh kerana estrogen boleh merangsang pembentukan sel-sel kanser, wujud kekeliruan soya punca kanser.


Mitos 13
Tidak dapat menggerakkan anggota badan ketika tidur disebabkan ditindih jin

Fakta: jika semasa tidur aktiviti otak masih aktif, otak boleh mengarahkan badan untuk bergerak. Namun badan masih dalam keadaan rehat menyebabkan individu itu tidak dapat bergerak.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment