Sinopsis Telemovie Reza,Arman Dan Bill ,Cerekarama Tv3

JUDUL : REZA, ARMAN & BILL
TARIKH / MASA : Sabtu, 13 Februari 2016, 9.00 malam
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Yeop Hilter
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Syafie Naswip, Aedy Ashraf, Fimie Don, Kamarul Hj. Yusuff, Mawar Rashid, Ku Fridah

SINOPSIS REZA, ARMAN DAN BILL
Mengisahkan Reza (21) seorang pemuda yang gilakan bola sepak. Sehariannya tidak lengkap tanpa membincangkan tentang bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat, terutama bermain futsal. Namun setelah dia cedera, yang mana kecederaan itu telah disengajakan oleh musuhnya, Arman (21), dia tidak mampu untuk bermain lagi. Perasaan untuk terus bermain bola juga lenyap, apatah lagi selalu diganggu oleh Arman dan rakan-rakan yang mengatakan dia seorang kaki bangku. 
Satu hari Reza dibuli teruk sehinggakan seorang pemain bola sepak yang menyedari kejadian tersebut datang menyelamatkannya dan menghadiahkan sepasang kasut bola kepada Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali namun dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment