Sinopsis Telemovie Hujan Malam Itu ,Lakonan Zara Zya

Tarikh: 30 Januari 2016, 3.05 petang di TV1
Skrip/Pengarah: Sabri Yunus
Pelakon: Zara Zya, Johan Asari, Sabri Yunus  

SINOPSIS

Kisah kemasyarakatan yang dihasilkan skrip dan diarahkan oleh Sabri Yunus ini bertajuk �Hujan Malam Itu� mengisi slot Panggung 1 di TV1 pada 30 Januari ini, pukul 3.05 petang.
Ikuti perjalanan kisah watak utama tentang kelemahan dan kekuatan seorang perempuan yang dijelmakan melalui watak Shuhada. Seorang gadis kampung yang baik tetapi kemudiannya dia telah menjadi mangsa rogol lelaki yang berbalut wajah yang tak di kenali, ketika hujan lebat di rumahnya semasa bersendirian.



Demi menjaga maruah nama keluarga, Hj Rashid, ayahnya berusaha mencari lelaki untuk di nikahi secepat mungkin. Hj Rashid menemui Lokman, pemuda yang ingin membaiki dirinya yang pernah jahat di sebuah surau di kampung berdekatan.

Namun Shuhada masih trauma dan tidak mampu untuk jadi isteri yang baik. Satu kemalangan berlaku kepada Lokman. Dia dipukul dan peristiwa itu mengubah sikap Shuhada terhadapnya.

Dia mula menerima Lokman. Malam itu juga hujan lebat. Tanda badan yang di lihat semasa cuba membantu Lokman mengingatkan Shuhada pada lelaki yang pernah merogolnya. Dan kini lelaki itu menjadi suaminya. Dia tidak mampu menerima kenyataan itu. Dalam hujan lebat, Shuhada meninggalkan Lokman.




Namun masih adakah ruang kemaafan buat Lokman? 
Previous
Next Post »
Thanks for your comment