Sinopsis Telemovie Cintaku Terkail,Skrin DI9

Bagaimana pula sekiranya mencari cinta hingga ke dasar kolam ikan? Tidak munasabah bukan? Namun, hakikatnya itulah yang dilakukan Ammar Titan. Sanggup benar Ammar menceroboh sebuah kolam ikan demi mencari cinta hati kan? Sanggup atau tidak, saksikan telefilem �Cintaku Terkail� pada hari Isnin, 11 Januari 2016, pada jam 8.30 malam dalam slot Skrin di 9.

Telefilem Cintaku Terkail terbitan Jutaan Ringgit Sdn Bhd ini diarah oleh saudara Nazir Jamaluddin, membariskan pelakon-pelakon mencuit hati seperti Ammar BMB, Isey BMB, Reen Rahim, Mat Over, Kay Maria, Bell Ngasri, dan Lan Siro.

Cintaku Terkail ini berkisarkan tentang percubaan Lan dan Amer (Ammar dan Issey Titan) dalam memikat hati Wani (Reen Rahim), anak kepada Pak Maun (Mat Over) dan adalah gadis yang paling cantik di kampungnya. Namun, pemisah Lan dan Amer dengan Wani hanyalah bapa Wani, Pak Maun yang tidak akan menerima mereka kerana menganggap mereka tidak dapat menjamin masa depan anaknya.

Walau bagaimanapun, Lan dan Amer tidak akan berhenti sehinggalah mereka mendapat idea untuk menyelinap masuk ke kolam ikan Pak Maun setiap malam untuk mengail ikan dan menjual ikan-ikan itu di pasar. Perbuatan mereka ini berlanjutan beberapa hari dan mereka berjaya mendapat perhatian Pak Maun dengan kejayaan mereka memperoleh keuntungan yang banyak. Sehinggalah satu hari sedang mereka asyik mengail, mereka tergelincir ke dalam kolam dan tersangkut pada jaring.

Apakah yang akan terjadi pada Lan dan Amer apabila ditemui Pak Maun siang kelak? Dapatkah mereka memenangi hati Wani akhirnya? Dapatkan jawapan persoalan-persoalan itu Isnin, 11 Januari 2016 ini, pada jam 8.30 malam dalam Telefilem Cintaku Terkail dalam slot Skrin Di 9.





Previous
Next Post »
Thanks for your comment