Sinopsis Drama Kifarah Mistik ,Malar Hitam



Pelakon: Zara Zya,Adil Aziz Fauziah Nawi ,

Sinopsis

FIKRI (27 TAHUN), seorang ahli perniagaan dan suami kepada ZULAIKHA (25 TAHUN) yang turut mempunyai kerjaya sendiri kerana masing-masing menyibukkan diri mengelak daripada memikirkan masalah utama mereka yang menginginkan zuriat mereka sendiri. Kesibukan Fikri yang sering bertugas di luar Kuala Lumpur membawa kepada pertemuannya dengan SAKINAH (40 TAHUN) seorang peniaga buah-buahan di tepi jalan di sebuah kampung. Sakinah seorang janda kematian suami. Setiap kali Fikri out station setiap kali itulah beliau pasti akan singgah di gerai Sakinah sehingga menimbulkan kemesraan di antara mereka. Sakinah berkeinginan mengubah kehidupannya dan merancang untuk memerangkap Fikri dengan cara yang tidak baik. Akhirnya Fikri memutuskan untuk berkahwin dengan Sakinah dan Sakinah pula bijak menggunakan ilmu yang beliau ada bagi melembutkan hati Zulaikha bagi memudahkan urusan Fikri meminta kebenaran Zulaikha untuk memperisterikan Sakinah.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment