Video Chong Wei Lawan Chen Long di Final China Open 2015

Chong Wei menang straight set 21-15 dan 21-11 ke atas pemain nombor satu dunia itu dalam tempoh 50 minit. Dalam set pertama, Chong Wei mengutip lapan mata berturut-turut untuk mendahului 16-8, sekali gus memberi tekanan kepada Chen Long untuk bangkit memberi tentangan.

Chong Wei juara China Open

Ini merupakan kali pertama Chong Wei menewaskan Chen Long sejak Terbuka Denmark tahun lalu. Kejayaannya itu lebih manis selepas beliau berjaya mengatasi seteru utamanya Lin Dan di China buat pertama kali pada Sabtu.

Chong Wei muncul pemain perseorangan Malaysia ketiga merangkul gelaran Terbuka China selepas Wong Choong Hann pada 2002 dan isterinya Wong Mew Choo pada 2007.

Lee Chong Wei Vs Chen Long
21-15, 21-11

Link lain: Video Chong Wei vs Lin Dan di Semi Final

Previous
Next Post »
Thanks for your comment