Telemovie Hai Lah Menantu, Cerekarama TV3 (2015)

Sinopsis Hai Lah Menantu

Imran ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya, kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.

Hai Lah Menantu

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah, seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang sesuai kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja?

Tarikh: Sabtu, 14 November 2015, 9 malam TV3
Terbitan: CTG Pictures Sdn Bhd
Pengarah: Jurey Latif
Pelakon: Kartina Aziz, Amyra Rosli, Kamal Adli, Kismah Johar dan Elisha Sandha.

Video Hai La Menantu
Previous
Next Post »
Thanks for your comment