Telefilem Hai Lah Menantu (2015) TV3 - Full Telemovie


Telefilem Hai Lah Menantu (2015) TV3 - Full Telemovie


Hai Lah Menantu (2015)


Kamal Adli dan Amyra Rosli bergandingan dalam telefilem 'Hai Lah Menantu' yang akan menemui penonton di slot Cerekarama TV3. Sebuah telefilem terbitan CTG Pictures Sdn Bhd arahan Jurey Latif. Jangan ketinggalan saksikan gelagat mereka pada hari Sabtu ini, jam 9.00 malam di TV3.

  TARIKH / MASA : Sabtu, 14 November, 9.00 malam.
SIARAN : Cerekarama TV3
PENGARAH : Jurey Latif
TERBITAN : CTG Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Amyra Rosli, Kartina Aziz, Amyra Rosli, Kamal Adli, Kismah Johar dan Elisha Sandha

WATAK PELAKON
Kamal Adli sebagai Imran
Amyra Rosli sebagai Aminah / Brader Amin
Kartina Aziz sebagai Puan Seroja Lailatul Qadriah



Sinopsis Hai Lah Menantu - Imran ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah, seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang sesuai kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan �Hai Lah Menantu� pada hari Sabtu ini, 14 November, 9 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.


Tonton Hai Lah Menantu (2015) - Full Telemovie


Telefilem Hai Lah Menantu (2015) TV3 - Full Telemovie


Perhatian Kepada Pengguna Google Chrome dan Mozilla Firefox!

Sila Tutup Fungsi Pop-Up Blocker Pada Google Chrome dan Mozilla Firefox Anda Dahulu Sebelum Klik Link Di Bawah.

Cara Tutup Fungsi Pop-Up, Anda Boleh Klik Di Sini.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment