Tahan Runtuh di Lebuhraya Karak Akibatkan Banjir Lumpur?

Lebuhraya Kuala Lumpur Karak kini ditutup semula bagi kerja-kerja pembersihan. Beberapa jentolak pemegang konsesi, Anih Berhad telah memulakan kerja-kerja pembersihan sejak pukul 9.30 pagi tadi.

Maklumat Kejadian Tanah Runtuh

Semalam, kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya KL-Karak di laluan Lentang-Bukit Tinggi berlaku pada pukul 6.35 petang menyebabkan banjir lumpur hampir 500 meter di sepanjang laluan berkenaan.

Sebab Banjir Lumpur Berlaku, Pembalakan Haram

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Dr Azmil Khalid, berkata sampah sarap, kayu balak dan batu-batuan yang dihanyutkan dalam kejadian berhampiran Hutan Lipur Lentang itu menunjukkan terdapat aktiviti berkenaan menyebabkan berlaku limpahan air.

"Ingin saya tegaskan ini bukan kejadian tanah runtuh seperti mana yang disiarkan di akhbar, di laman sosial Facebook dan Twitter, ia bukan, tetapi ini adalah kejadian banjir lumpur.

"Sebab itu kita lihat ada batu-batuan, sampah sarap dan balak lama yang dihanyutkan sekali dengan air deras macam air terjun seperti yang berlaku semalam.


"Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi, namun kami percaya berpunca daripada daripada aktiviti luar kawasan penyelenggaraan ANIH, sama ada diluluskan atau tidak, itu di luar bidang kuasa," katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut tentang maksud "aktiviti" berkenaan.

�Saya bayangkan macam tsunami, lumpur akan tenggelamkan kami.� Itu reaksi Naim Ran Yunos, 36, mangsa banjir lumpur di km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak semalam.

Previous
Next Post »
Thanks for your comment