Logo Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Logo Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Wau Bulan dipilih sebagai logo rasmi temasya Sukan SEA ke-29 - Kuala Lumpur 2017. Logo ciptaan Mohd Samsudin Adnan dipilih daripada 174 penyertaan menerusi pertandingan mencipta logo yang diadakan sebelum ini. Pelancaran logo rasmi ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, khairy Jamaludin Abu Bakar di Esplanade, Suria KLCC, disini, sebentar tadi.

Sukan Sea Logo KL2017

Pemilihan Wau Bulan ini berdasarkan kepada keindahan, kesantunan dan kekuatannya membelah awan. Selain itu, ia juga melambangkan keunikan sukan menuju ke arah kecemerlangan lebih tinggi. Kombinasi warna yang digabungkan pada logo berkenaan pula mewakili warna-warna panji semia negara Asia Tenggara sekali gus melahirkan identiti Kuala Lumpur 2017.

Turut dilancarkan pada majlis sama adalah tema temasya iaitu 'Bangkit Bersama'. Khairy berkata pemilihan tema ini adalah seiring dengan cabaran terkini dan akan datang yang perlu ditempuhi oleh negara Asia Tenggara sebagai satu komuniti.

Turut dilancarkan pada majlis sama adalah pendaftaran sukarelawan Kuala Lumpur 2017. Mereka yang berminat mendaftar boleh melayari laman sesawang rasmi temasya di www.seagames2017.com.my. Sumber: BHarian
Previous
Next Post »
Thanks for your comment